October 2008


Meludah ke langit, jatuh ke atas batang hidung sendiri.. Begitulah sikap sesetengah anggota bawahan hari ini.  Bg mengelakkan dipersalahkan atau cuba menunjuk baik, mereka sanggup mengeluarkan kenyataan yg boleh mendatangkan kesan balik ke atas diri mereka.  Aku mmg geram bila seorang anggota yang ditangkap cuba mengelakkan kesalahannya dengan menyalahkan pihak pengurusan sedangkan kesalahan itu berpunca dari diri sendiri.  Kalau x boleh jugak.. mereka cuba mengalihkan masalah mereka kepada kesalahan orang lain..  What a shame..

Then apabila pihak pengurusan mengarahkan mereka melakukan sesuatu.. mereka cuba mengelakkan utk melaksanakannya.. For example.. bebaru ni.. arahan pemakaian cota selepas waktu operasi dikeluarkan.. Mereka cuba mempertikaikan arahan tersebut sebelum melaksanakannya.. Salahkah memakai cota semasa bertugas?? Utk keselamatan mereka jugak..

p/s:  By the way..beware ngan anggota bawahan.. kekadang mereka ni talam dua muka..

whistle

whistle

Beberapa tahun sebelum ni, sy pernah ke Hatnyai atas urusan kerja.  Di sana sy tinggal di Lee Garden Plaza Hotel.  Apa yg menarik perhatian sy, semasa memakirkan kenderaan, seorang pengawal keselamatan telah membunyikan wisel sebagai tanda isyarat untuk parkir kenderaan.  Mcm sistem isyarat kereta tu.. Ini memudahkan sy memakirkan kenderaan di dalam kawasan yang sempit.  Selain menjaga keselamatan di kawasan parkir tersebut, pengawal tersebut juga menentukan semua kenderaan diletakkan dengan betul dan tersusun untuk memudahkan orang luar mengunjungi lokasi berkenaan.  Good job.. Should we practise this methode in Malaysia??

Apakah senjata utama pengawal keselamatan?? Pistol? Cota?   Bukan semua peralatan itu disediakan oleh pihak syarikat.  Actually, senjata utama bg seorang pengawal keselamatan ialah KOMUNIKASI.  Why? Sbbnya dengan komunikasi yg baik dpt membantu pengawal keselamatan di dalam menangani sebarang masalah yang berkemungkinan berlaku.  Tanpa komunikasi, seorang pengawal keselamatan tidak dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan efisyen.  Adakalanya tindakan perlaksanaan tugas tanpa komunikasi boleh mendatangkan kecederaan ke atas anggota berkenaan.  Sebaik-baiknya seorang pengawal keselamatan perlu mendapatkan bantuan bagi menangani permasalahan.

p/s:  Walkie-talkie juga boleh disenjata utk baling pencuri..  🙂

Next Page »