Beberapa bulan ini aku perhatikan terdapat wujudnya budaya berpuak-puak di kalangan pengawal keselamatan. Perkara ini boleh berlaku sekiranya:

  • terdapat interest/pendapat yang bersama di dalam satu puak.
  • kurangannya beban kerja di mana anggota boleh berkumpul di dalam waktu kerja.
  • pendedahan budaya kerja setempat.

Secara positifnya, ia boleh:

  • Mendorong anggota melaksanakan tugas dengan baik di mana anggota akan dipantau atau dibantu di dalam puak masing-masing (proses mentor mentee).
  • Mewujudkan suasana kerja yang harmoni.
  • Meningkatkan prestasi kerja dan tahap produktiviti/perkhidmatan.

Manakala secara negatifnya, budaya ini boleh mendatangkan kesan di mana:

  • Cubaan mendominasikan pilihan sedia ada.  Anggota akan cuba memilih sendiri pilihan yang ada dan menolak kemungkinan dikeluarkan dari puak sedia ada.  Sekiranya tiada pilihan, anggota akan cuba mewujudkan pilihan yang baru supaya tidak terkeluar dari puak.  Ini akan menimbulkan kesukaran di dalam menguruskan anggota dan menambah beban kerja bagi pihak pengurusan.
  • Pertengkaran/perselisihan faham antara puak.
  • Kegagalan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan.
  • Tahap prestasi kerja dan produktivit/perkhidmatan yang menurun.
  • Budaya kerja yang tidak sihat.

p/s: Apa tindakan kita?

Advertisements