Beberapa hari yang lepas, seorang anggota saya telah memaklumkan keengganan seorang kenalan kepada penyewa premis di dalam lokasi tugasan mematuhi arahan keselamatan dan lalulintas setelah ditegur berkali-kali.

Perkara ini telah berulang berhari-hari sehinggakan mencetuskan suasana tidak selesa di mana pelawat tersebut mula mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh mengundang hilang pertimbangan anggota saya.  So, bagi mengelakkan perkara ini berlarutan, saya telah mengarahkan anggota berkenaan merekod segala butir-butir berkenaan dan saya telah berbincang dengan pihak pengurusan kompleks berkenaan mengenai perkara ini.  Hasil perbincangan, pihak pengurusan kompleks akan mengeluarkan surat amaran ke atas penyewa premis berkenaan supaya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Persoalannya, kenapa perkara sebegini boleh timbul?  Sejauh manakah hati budi dan sikap hormat semasa manusia hari ini?  Kenapa sikap bangsa sendiri lebih teruk dr bangsa lain?? Setakat manakah kuasa pengawal keselamatan dipandangan masyarakat?

p/s:  Di mana kita?