Perkara ini baru saja berlaku beberapa hari yg lalu…

Seorang bekas pengawal saya telah call dan marah-marah sebab tidak menerima gaji terakhir bekerja sebanyak RM 200.  Permasalahannya sekarang, tarikh berhenti dan surat permohonan berhenti oleh beliau adalah pada tarikh yang sama (iaitu 15hb xxx) sedangkan tempoh permohonan berhenti yang telah ditetapkan oleh syarikat adalah 1 bulan dari tempoh berhenti (rujuk surat lantikan).  Sepatutnya, anggota berkenaan dikehendaki membayar balik kepada syarikat (rujuk Akta Pekerja) disebabkan melanggar perjanjian.  Oleh kerana, anggota berkenaan hanya menghantar surat pemberhentian melalui orang lain dan tidak berbincang terlebih dahulu dengan pengurusan, pihak syarikat telah mengambil tindakan untuk tidak membayar gaji terakhir anggota berkenaan sehingga tarikh terakhir bekerja.

Setelah dimaklumkan tentang perkara tersebut, anggota berkenaan masih tidak berpuashati dan cuba berdolak dalih dengan menyatakan bahawa anggota telah menghabiskan baki cuti tahunannya sebelum berhenti.  Tetapi, sekiranya anggota cuba menghabis baki cuti tahunannya, kenapa surat pemberhentian & tarikh berhenti diterima pada tarikh yg sama?

Oleh sebab sudah tiada idea, anggota bekenaan masih menegakkan benang yang basah dan menyalahkan pihak syarikat (ofcourse myself) kerana cuba menganiayai diri beliau.  Yang paling menyedihkan pula apabila anggota mengeluarkan ayat mengharam duit RM 200 yang tidak dibayar tersebut.

Sekiranya dikaji balik:

  • Oleh kerana anggota berhenti x cukup tempoh 1 bulan malah surat pemberhentian juga dihantar pada tarikh yg sama, maka anggota dikehendaki membayar pampasan kepada majikan iaitu sebanyak RM 700 (sebulan gaji).
  • Syarikat telah tidak membayar gaji terakhir anggota yang belum dibayar bernilai RM 200.
  • Sekiranya ditolak, anggota masih berhutang bayaran pampasan sebanyak RM 500 kepada syarikat.
  • Pada masa yang sama, anggota masih berhutang dgn syarikat kerana tidak memulangkan pakaian uniform yang dipinjamkan oleh syarikat bernilai RM 500.00.  Walaubagaimanapun, perkara ini masih boleh diselasaikan jika anggota memulangkan pakaian uniform tersebut.

So, anggota sebenarnya yang berhutang dengan syarikat sebanyak RM 1,000 disebabkan sikap tidak bertanggungjawab beliau.  Persoalannya sekarang, siapa yang makan duit yang telah diharamkan tersebut?