Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Tinggal beberapa hari saja lagi dah nak masuk bulan Syawal.  Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua anggota keselamatan yang terpaksa bertugas sepanjang hari raya nanti.  Pengorbanan bertugas di hari raya amatlah penting untuk menentukan matlamat keselamatan terjaga.

Namun begitu, masih terdapat sebilangan masyarakat menggunakan hari raya sebagai platform untuk melanggar arahan keselamatan dan kawalan lalulintas yang dikeluarkan oleh pihak keselamatan.  Pengalaman saya sepanjang bertugas pada pagi raya menunjukkan bahawa ada di antara pelawat/pengunjung masih yang tidak boleh memberikan kerjasama kepada pihak keselamatan terutamanya dari segi kawalan lalulintas dan tempat letak kereta.  Anggota keselamatan seharusnya lebih bersabar di pagi raya memandang pelbagai kerenah pelawat yang akan dilihat sepanjang pagi tersebut.  Maklumlah, kebanyakkan yang datang ke lokasi berkemungkinan dari pelbagai latarbelakang dan kawasan…

Advertisements