Killing Time

Killing Time

Penampilan diri merupakan imej yg perlu dijaga yg mana kesannya bukan setakat penilaian prestasi kerja but boleh memberi impak pandangan pelanggan dan pelawat terhadap imej syarikat. Penjagaan penampilan diri bukan setakat dengan rambut pendek dan baju kemas serta bersih but merangkumi komunikasi anggota dengan pelanggan @ pelawat.

Sekarang ini, pemerhatian sy mendapati kebanyakan pengawal keselamatan tidak menitik beratkan penampilan diri masing-masing terutamanya semasa bertugas.  Ini juga merupakan kemungkinan mengapa orang ramai mengganggap:

  1. perkhidmatan keselamatan sebagai kerjaya bawahan yg kurang berminat untuk diceburi.
  2. anggota keselamatan boleh diperolok-olokkan/tidak perlu diambil perhatian akan larangan dikeluarkan.
  3. syarikat mewujudkan perkhidmatan secara ala kadar.
  4. perkhidmatan yg diberikan tidak mencapai kehendak yg ditetapkan.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.  Perkara ini nampak sahaja kecil, but bukan senang nak implement kan sbb yg prob tu adalah sikap manusia.  Bukannya kambing.  Kalo x senang siket nak urus. 2-3 kali ajar je dah paham.

p/s: Fikirkan la..